CHECK OUT THESE SUPER HIP 1-YEAR CONTACT LENSES!




Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

"KAWAN-KAWAN TERAWIH TAK..."

Posted by ♥ aNNa ♥ at 1:52 AM
A WORTHY READ. BELIEVE ME.

(I'm sorry I make this note all in Bahasa, *for my Facebook profile actually* well it's too long I will have another 24 hours translating it. I humbly sorry. If you have anything to ask, feel free to ask me personally. I'm delighted to help. In fact, this is all about us. I love you and I want all of us to get the benefits.)


##################################################


Walaupun note ni panjang, tapi percayalah, anda akan mendapat manfaat daripadanya.. Dan insyaAllah, didoakan agar anda yang membaca juga bakal mendapat keredhaan dan keterbukaan hati untuk melakukannya..

(Sebarkanlah walau sepotong ayat)


"Minda yang tajam dan celik datang daripada hati yang bersih. Bacalah."


Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. *Subhanallah... Peluang paling besar setiap insan seperti kita mahukan!*

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). *Alhamdulillah...*

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. *Malaikat doakan kekuatan iman kita!*

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. *Subhanallah, beruntungnya...*

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. *Jalan mudah untuk dapat peluang pahala bersembahyang di Mekah!*

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. *Subhanallah kawan-kawan....*

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. *Ni jihad ni kawan-kawan!*

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. *Kita boleh dapat pahala macam Nabi Ibrahim?! MasyaAllah...*

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. *Subhanallah... Tak ternilai rasanya bila disamakan seperti kekasih Allah, kawan-kawan....*

Malam 10 :
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. *Alhamdulillah...*

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. *Bukankah ini yang kita mahukan?*

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). *MasyaAllah... Tersentuh hati bila baca..*

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. *Kawan-kawan.. Allah itu Maha Memberi dan Maha Pengampun...*

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. *Subhanallah... Tiada tara nilai harga pertolongan Pencipta kita ini..*

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. *Semua Malaikat?? MasyaAllah.. Baiknya Allah...*

Malam 16 :
Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. *Kawan-kawan!!! Allah "take-note" kita masuk syurga! Tak nak ke? Jom-jom!*

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. *Semua Nabi?? Subhanallah...*

Malam 18 :
Seru Malaikat "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)" *Dapat keredhaan Allah untuk diri sendiri dan keluarga lagi!*

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. *MasyaAllah...*

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. *Subhanallah! Dapat pahala jihad!*

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur. *Allah berikan kita istana di syurga! -- Mak... Macam nak nangis pulak bila makin lama mendalami kelebihan Terawih ni.. Isk isk.*

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar). *Kita akan tergolong dalam orang-orang beriman dan tidak bercelaru lari lintang-pukang ketakutan kawan-kawan... (seyes makin terharu)*

Malam 23 :
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur. *Dah dapat istana, dapat satu bandar jajahan sendiri pulak! Kita akan jadi Gabenor!*

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). *Subhanallah... Kawan-kawan, kalau kita berdoa malam 24 ni dalam sujud, doa kita termakbul! Cari doa yang tepat cepat!*

Malam 25 :
A
llah Taala angkatkan daripada siksa kubur. *MasyaAllah... Lari ulat, cacing dan ular-ular besar daripada liang lahad kita, kawan-kawan... Tak nak ke peluang macam ni kawan-kawan? Saya nak...*

Malam 26 :
A
llah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. *MasyaAllah... Kita pun tak tentu boleh hidup 40 tahun! Hanya sembahyang semalam, dapat pahala 40 tahun ibadat!*

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar. *Kawan-kawan tahu tak betapa halus dan tajamnya titian Sirotulmustaqim tu... Isk isk. Allah nak bantu kita kawan-kawan.. Jom lah terawih... (Makin takooott...)*

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat. *Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah...*

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. *MasyaAllah.. Nak dapat sekali haji pun belum tentu lagi, kawan-kawan.. Inikan pula 1000 kali! Mabrur pulak tu! Subhanallah... Yang dah buat pun, kita x tahu mabrur ke tak kan? Tak nak ke...(T.T)*

Malam 30 :
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.” *Makk.... Nak.. Nak.... Boleh dapat macam-macam dan makan minum air dan makanan paling suci di syurga!!*


################################################

So kawan-kawan, macam mana? Masih tak berminat untuk dapat kelebihan-kelebihan macam tu? Jom lah buat sama-sama.. Kita nak sama-sama masuk syurga kan? Kita sama-sama nak jadi hamba-Nya yang jauh daripada seksaan kubur kan? Kita nak semua ahli kelurga kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita, diri kita dapat sama-sama selamat daripada azab kubur kan? Nak jumpa diorg kan masa di syurga tak? Nak pengampunan mudah tak?


Tengok, Allah dah bagi kita peluang besaaaaaaarrr.... sangat untuk tolak dosa-dosa kita. Allah dah bagi jalan yang paling senang untuk kita tebus dosa-dosa kita tak kira kecil atau besar dengan sembahyang terawih sahaja, kawan-kawan. Tak nak ke? Saya nak.. Saya takut... Saya tak nak jadi hamba-Nya yang tertinggal kelebihan-kelebihan ni.. Sayang rasanya kalau tak guna.


Kawan-kawan macam mana? Tak nak join saya? Saya nak kawan-kawan saya pun dapat kelebihan ni.. Kita kan hamba-Nya yang lemah.. Mesti banyak sangat-sangat buat dosa. Walau sekecil zarah sekalipun. Saya tahu.. Saya faham.. Kadang-kadang susah nak elak. Saya pun macam tu juga. Selalu lalai.. Selalu lupa diri. Kita semua tak sempurna, kawan-kawan. Sedangkan Nabi sendiri ada buat salah, inikan pula kita manusia biasa.. Ini jalan mudah untuk dapat pengampunan, kawan-kawan.


Tak susah.. Kita buat solat terawih 8 rakaat pun dah cukup. Lepas tu buat sunat witir 3 rakaat sebagai penutup. Tertib. Kalau rasa malas nak pergi masjid/surau sebab jauh, atau sebab perut dah terlampau kenyang jadi tak larat nak terus bergerak; tak pun sebab tak ada "transport" nak pergi masjid/surau, motor baru lepas kena curi so mood memang dah spoil gile; tak pun sebab tak berapa berkenan imam di masjid/surau baca lambat sangat dan guna surah panjang-panjang sampai kaki terketar-ketar kebas berdiri; atau pun sebab memang malas sebab fikirkan solat terawih ni sunat je, jadi tak buat pun tak apa; atau yang paling disedihkan sekali bila ada kawan-kawan kita bagi alasan suka-suka tanpa menyedari yang dia sedang menyalahkan takdir Allah dengan berkata, "tak dapat hidayah lagi nak buat",; apa kata kita renung balik kelebihan-kelebihan setiap malam yang ada? Yang Allah sendiri tetapkan untuk kita seperti di atas, tak rasa rugi?


Tak rasa betapa mudah, senang, simplest, easiest, precious, and so much privileges ke Allah bagi kepada kita? (Eh, siap ada rhyming pulak. Hehe) Tengok, Allah siap bagi privilege tu! Ada package tertentu lagi! :) Baca Surah Al-Qadh dengan Surah Al-Ikhas pun dah cukup. Simple. Tak mau jugak?


Kawan-kawan.. Kalau tak nak fikirkan untuk orang lain pun, fikirlah untuk diri kita sendiri.. Memang kita tak nampak lagi apa yang akan berlaku kat kita kelak, tapi ini adalah jaminan daripada Allah. Kita tak perlu ragu-ragu. Yang pasti, pastikan terjadi.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan. Alangkah baiknya jika kita gunakan peluang yang ada ni untuk hapuskan semua dosa bertan-tan kita lakukan dulu. Guna peluang ni, dan buka buku catatan amalan terbaru. Kan best tu?


Kita semua dah besar. Saya sayang kawan-kawan saya semua.. Bila baca setiap fadhilat yang Allah bagi sepanjang bulan Ramadhan ni, buat saya terharu sangat. Saya mahukan kelebihan tu. Allah bagi setahun sekali, kawan-kawan.. Tahun ini, dan mungkin kita tidak akan hidup lagi untuk tunggu tahun yang akan datang.. Na'uzubillah...


Renung-renungkan lah...

Lots of Love,
An_nA


7 comments:

♥ aNNa ♥ said...

I gasped all the way thru the journey of writing this down...

I truly hope that this will at least make some changes in everyone of you.

Ramadhan is a great month of repentance and everything! And I'm glad I still have time valuing it. How about you? =)

Thanks Allah..

M.r.B.zaCk said...

Salam Ramadhan..
Teraweh bebanyak yew..
Huhuhu

♥ aNNa ♥ said...

=)
Thank you..
InsyaAllah, same to you!

a guy with moustache said...

@_@

♥ aNNa ♥ said...

(n_n)v

-ajiem- said...

MasyaAllah...SubhanAllah...
Rugi kalo kite x wt solat tarawih dlm bulan ramadhan ni..

♥ aNNa ♥ said...

Tu lah.. Rase mcm beruntung sgt bile dpt buat. Byk sgt kemudahan n keistimewaan Dia bg. Rugi sgt if x buat.. Kan?

Post a Comment

Oh hey, are you gonna leave your comment? YAY! :D

 

Vivacious Violet Do Visit My Blog Lens Click HERE! | 1-year Contact Lenses